Wednesday, June 20, 2012

Hafalan dan Pengulangan

Salam sayang,

Umi nak tekankan proses hafalan dan pengulangan kepada anak-anak Umi yang tengah seronok belajar bersama-sama di rumah. Proses menghafal ilmu-ilmu yang kita baca boleh memberi kita idea atau buah fikiran. Manakala proses pengulangan pula akan memantapkan daya ingatan kita kepada ilmu-ilmu tersebut.. Umi ambil contoh dan panduan cara Imam Syafie belajar supaya anak-anak Umi boleh mempraktikkan. Imam Syafie ketika berumur 9 tahun telah menhafal Al-quran. Kitab Al-Quran adalah kitab terulung dan  biasanya para hafiz mengambil masa bertahun untuk menghafalnya. Jadi  Umi pasti ada aktiviti pengulangan yang berterusan dilakukan bagi membolehkan seseorang itu dapat menghafal sesuatu ilmu. Selain tu Imam Syafie juga telah menghafal 10,000 rangkap syair kaum Bani Huzail dan telah menghafal Kitab Al-Aswat karangan Imam Hanafi dalam masa 3 hari sahaja. Jika dilihat riwayat pendidikan Imam Syafie, banyak proses hafalan dilakukan. Sebab itulah Imam Syafie boleh mengeluarkan fatwa dan menulis kitab-kitab
 ( sebanyak 142 kitab).

Ini pesanan dari Imam Syafie tentang ilmu:

"Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin, kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. Ia juga amalan para Nabi, Rasul dan orang soleh"

Dari Umi...
Belajarlah anak-anak ku kerana ingin tahu, kerana bila orang yang tidak tahu ingin tahu mereka akan bersungguh-sungguh belajar supaya akhirnya mereka akan tahu.

Hafalan Sifir

Assalamualaikum

Umi nak update perkembangan anak-anak dalam menghafal sifir.
  1. Arif- sifir 2-12
  2. Maisarah- sifir 2,3,4
  3. Luqman- sifir 1 dan 2
Aktiviti hafalan dilakukan selang sehari iaitu hari Selasa, Khamis dan Sabtu. waktu yang ummi peruntukkan hanya 30 minit iaitu diantara 8pm-8.30pm. Jadual hafalan sifir ini disediakan oleh Baba....nampaknya berkesan juga jadual baru ini untuk kami aplikasikan bersama. Umi beritahu Baba, untuk terus istiqamah dengan apa yang kita praktis pada anak-anak, kita target sebulan cubaan tanpa kompromi. So masuk hari ini baru 11 hari percubaan....Harapan Umi anak-anak follow.......