Saturday, December 11, 2021

Detik Result SPM Ayong Keluar

 Aassalamualaikum

Dah lama aku tak menulis blog ni. Rasanya dah bertahun lamanya. Aku nak simpan cerita tentang ayong, anak aku yang sulong. Ayong budak SPM Promax. SPM buat Mac 2021, keputusan keluar bulan Ogos. Seingat aku result keluar 25 Ogos 2020. Disebabkan pandemik melanda negara, jadi keputusan SPM 2020 diumumkan secara online. Hari tu aku saja mohon cuti sebab nak sama-sama saksikan keputusan ayong. 

Jadi pagi 25 Ogos tu..lepas aku solat Dhuha..lebih kurang pukul 10 lebih result pun keluar . Masa tu ada satu link tu ayong share dengan aku. Link tu actually ramai je yg share dlm whatspp. Aku pun duduk sebentar di sofa sambil bertelekong..terus capai hp dan tekan link tu. Aku type no ic ayong, terus keluar result 9A, alangkah terkejut hati aku dan betul-betul rasa syukur. Kami tak sangka result ayong sebaik tu...hehesyukur sgt2 dan terus buat sujud syukur.